::pesanan penaja::

jom kita exchange link.. :-) kalau sape2 nak exchange link, sila jadi follower saya dan tinggalkan link di chat box ya..saya pun akan lakukan benda yg sama ke blog anda.. :-) nk komen, nak maki hamun pon blh. :-)

Friday, April 9, 2010

::cinta dan suka [spesel untuk awak]

| |

Di hadapan orang yang kau cintai, musim dingin
jadi musim yang indah.
Di hadapan orang yang kau sukai, musim dingin
tetap saja musim dingin…
Cuma suasananya lebih indah sedikit.

Di hadapan orang yang kau cintai, jantungmu
tiba-tiba berdebar lebih cepat.
Di hadapan orang yang kau sukai, kau hanya berasa
senang d...an gembira saja.

Apabila engkau melihat ke dalam mata orang yang
kau cintai, matamu berkaca-kaca.
Apabila engkau melihat mata orang yang kau sukai,
engkau hanya tersenyum saja.

Di hadapan orang yang kau cintai, kata-kata yang
keluar berasal dari perasaan yang terdalam.
Di hadapan orang yang kau sukai, kata-kata hanya
keluar dari fikiran saja.

Jika orang yang kau cintai menangis, engkaupun
akan ikut menangis di sisinya.
Jika orang yang kau sukai menangis, engkau hanya
menghibur saja.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan
rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kau mahu berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kau cuba menutup matamu dari orang
yang kau cintai,
cinta itu berubah menjadi titisan airmata dan
terus tinggal di hatimu
dalam jarak waktu yang cukup lama.

Tetapi selain rasa suka dan cinta… ada perasaan
yang lebih mendalam,
iaitu rasa sayang… rasa yang tidak hilang secepat
rasa cinta.
Rasa yang tidak mudah berubah.
Perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk
orang yang kamu sayangi.
Mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu
sayangi.

Cinta ingin memiliki.
Tetapi sayang hanya ingin melihat orang yang
disayanginya bahagia…
walaupun harus kehilangan…

1 comments:

go-top
miss hanie said...

cinta kepada Allah adalah cinta yang hakiki...

About Me

ulang tahun blog aku

Daisypath Anniversary tickers

welc0me 2 everyone


ShoutMix chat widget

**f0ll0wer kesayanganku**

.:my bez friend:.

.:my bez friend:.

da p0y0s cozmate

da p0y0s cozmate

.:gedung ilmuku:.

.:gedung ilmuku:.

::hanya aku::

::hanya aku::

antara yang menarik!!!

 
 

::akuchentadea:: | Diseñado por: Compartidísimo
Con imágenes de: Scrappingmar©

 
top