::pesanan penaja::

jom kita exchange link.. :-) kalau sape2 nak exchange link, sila jadi follower saya dan tinggalkan link di chat box ya..saya pun akan lakukan benda yg sama ke blog anda.. :-) nk komen, nak maki hamun pon blh. :-)

Thursday, March 18, 2010

sambungan cter danial

| |

Suatu malam, Sam keluar dengan tergesa-gesa dari rumah. Mud dan Len yang sedang khusyuk menonton televisyen di ruang tamu itu, langsung tidak sempat hendak bertanya. Tiada sebarang kata dan pesan yang dititipkan oleh Sam untuk mereka. Mud tahu, Len begitu sedih.

Sam tidak lagi semesra dahulu. Mana hilangnya kasih-sayang dan gurau mesranya yang ceria itu? Adakah sudah dibawa pergi bersama dengan jasad Selly yang sudah kaku bersemadi? Atau… kerana perempuan yang menjadi teman rapat arwah isterinya itu? Pelbagai telahan bermain-main dan berlegar di benak dan ruang fikir mereka berdua. Namun, hanya Sam yang tahu, rahsia dan gejolak yang tersemat di lubuk hatinya.

Aku terkejut tatkala menerima kunjugan Sam di hadapan rumahku petang itu. Hadirnya dengan wajah yang sukar untuk aku tafsirkan. Walau seburuk dan seteruk mana pun dia, aku cuba melayannya sebagai seorang tetamu dengan sebaik mungkin. Sepi menghuni suasana buat seketika selepas aku mempersilakan Sam untuk minum petang bersama dengan Mud dan Len yang kebetulan ada di rumahku petang itu.

“Mud, Len.. maafkan papa,” Sam tunduk. Pandangannya seakan sayu. Aku hanya menjadi pemerhati yang setia.

“Hanya papa yang tahu apa yang terbaik untuk papa dan keluarga kita. Mud tak nak keluarga kita jadi macam ni. Mud nak kita hidup bahagia macam dulu.”

“Waktu mama ada, semuanya ok. Tapi sekarang, segalanya dah berubah.” Ada titis jernih yang mengalir di tubir mata Len. Hati aku juga diterjah sayu.

“Papa tahu. Ni semua salah papa. Papa janji dengan anak-anak papa, kita sama-sama kembalikan kebahagiaan keluarga kita. Walaupun mama dah tak ada, tapi papa masih perlukan anak-anak papa. Len, Mud, papa tak akan kahwin dengan perempuan tu, tapi papa nak lamar Mama Zie.. Papa dah sedar sekarang.”

Jelas riak terkejut terpancar di wajah Len dan Mud ketika mendengar kenyataan daripada Sam itu. Aku pun apa kurangnya, terus terduduk kembali dengan kenyataan itu.

Sam masih diberi kesempatan dan masih ada peluang untuknya memperbaiki keadaan. tetapi, mengapa aku yang mahu dijadikannya sebagai isteri?

Sam segera memeluk kedua-dua orang cahaya matanya dengan linangan airmata. Aku tahu, Sam insaf. Ya, itulah hakikat dan kenyataannya. Demi kasih dan sayangku kepada Mud dan Len, aku akan merelakannya. Aku sanggup berkorban untuk mereka. Sam melemparkan senyum mesra, aku juga menghadiahkan senyuman mekar kepadanya sebagai tanda perdamaian…

0 comments:

go-top

About Me

ulang tahun blog aku

Daisypath Anniversary tickers

welc0me 2 everyone


ShoutMix chat widget

**f0ll0wer kesayanganku**

.:my bez friend:.

.:my bez friend:.

da p0y0s cozmate

da p0y0s cozmate

.:gedung ilmuku:.

.:gedung ilmuku:.

::hanya aku::

::hanya aku::

antara yang menarik!!!

 
 

::akuchentadea:: | Diseñado por: Compartidísimo
Con imágenes de: Scrappingmar©

 
top